Sejarah

 

                                        Maksud Sanggar Ilmu Baitul Qura

·         Sanggar Ilmu bermaksud tempat pertemuan  ilmu-ilmu di sanggar ilmu.

·         Baitul Qura bermaksud rumah membaca.

                                                              Sejarah Sanggar Ilmu Baitul Qura

 

Ditubuhkan pada 2011. Pada ketika itu kedudukan Pusat Sumber SK Liang Batu yang berada di aras bawah telah dilanda bencana banjir besar.Segala peralatan dan buku telah musnah.Pada akhir tahun 2011 , sekolah telah menerima bangunan baru , dan pihak sekolah telah mewujudkan Pusat Sumber Sekolah baru  setinggi 4 tingkat yang dinamakan Sanggar Ilmu Baitul Qura.

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif dalam melakasanakan satu Sosial Ekonomi Masyarakat di Kampong Liang Batu untuk mengadakan proses cat semula , hiasan dan lain-lain. Proses mendapatkan semula buku-buku bermula daripada sumbangan guru SK Liang Batu dan masyarakt setempat.Kemudian , pihak sekolah membuat permohonan sumbangan di Perpustakaan Negara , Yayasan Negeri Johor ,PKG Lenga dan membuat pembelian di Pesta Buku Kebangsaan setiap tahun.Pada tahun 2017, buku di Sanggar Ilmu Baitul Qura telah mencecah sebanyak 4044 buah buku.

Dengan kerjasama PKG Lenga, Pusat Sumber Sekolah SK Liang Batu dicalonkan dalam satu Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) di peringkat Negeri dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Atas usaha sekolah dan PKG Lenga , SK Liang Batu telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang peringkat Negeri tahun 2017.