Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan SSQS Tahun 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah di Malaysia.  Ia digunakan sebagai satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian sekolah-sekolah di Malaysia.  SSQS juga boleh digunakan sebagai satu indikator asas mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia.

Sehubungan itu, pelaksanaan penarafan bagi tahun 2018 ini akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 melalui pautan berikut:

http://best.moe.edu.my/ssqs/johor/ atau http://btpnterengganu.moe.gov.my/ssqs/johor

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan Pusat Kegiatan Guru sedia membantu disamping panduan SSQS turut tersedia di pautan tersebut. Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ Guru Penyelaras ICT (GPICT) dilantik sebagai admin di peringkat sekolah. Responden bagi penarafan ini adalah terdiri daripada Pengetua/Guru Besar, GPB/GPICT, Guru Perpustakaan & Media (GPM), 30 orang guru dan 30 orang murid.

Kerjasama GPB/GPICT, selaku admin di peringkat sekolah amat diperlukan untuk menyenaraikan dan mengagihkan token kepada responden bagi pelaksanaan penarafan di peringkat sekolah masing-masing.

 

surat SSQS 2018 JPNJ

Author: admin